NuffNang Ads

Sunday, July 24, 2011

:: bingkisan dari hati ::



manusia saling memerlukan..sentiasa cuba untuk memuaskan hati sesama sendiri..ini didiskusi dari arah yg benar..tidak perlu berbohong.





begitu juga aku..inginkan teman hidup yang sanggup sudi menemani jiwa ini sepanjang umur..
tanpa syak wasangka akan kejujuran dan keikhlasannya..
seorang suami yang berada disisi tika aku duka dan lara juga gembira..
seorang suami yang memahami isi hati dan sentiasa mendoakan kesejahteraan aku..
seorang suami yang tidak lupa tanggungjawabnya dan sentiasa adil dalam kehidupannya..
seorang suami yang mampu memberi generasi untuk aku tinggalkan bila nyawa sudah di awang-awangan..
seorang suami yang mampu memberi didikan agama untuk isteri dan anak-anaknya..
seorang suami yang sentiasa mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah..

aku tidak memilih untuk mempunyai suami yang kaya harta tetapi jahil hidupnya..
kerana aku bimbang kejahilan itu tidak mampu untuk membimbing aku untuk hidup dalam barakah..
cukup lah utusan ini yang Kau kirimkan kepada ku ya Allah..
utusan yang sangat bermakna bagiku..
utusan yang menerima diri ini seadanya..
utusan yang bisa mengejutkan aku tika aku lena dibuai mimpi untuk bersolat..
utusan yang sering mengingati aku untuk mengingati Mu..
utusan yang tidak lekang nasihat untuk diriku..
utusan yang lebih baik dari sebelum ini..
utusan yang bakal menjadi suami dalam hidupku..

Kau makbulkan doaku ketika aku melawat rumahMu ya Allah..
doa yang aku rintih dipintu kaabah Mu ya Allah..
setitis demi setitis air mata ini mengalir..
tanda syukur ku padaMu ya Allah diatas nikmat ini..
suara tersekat dikerongkong saat aku menerima lamarannya..
aku bersyukur padaMu ya Allah..

ya Allah, doaku lagi padaMu......
semoga ikatan ini berkekalan hingga kau amil nyawaku ya Allah..
sejahterakan hidup kami dengan syafa'ahMu..
lindungi kami dari segala bencana..
kuatkan iman kami untuk tidak melupakanMu dan mengkhayalakn kami dengan hidup duniawi..
kurniakan kami kesihatan dan bukakan kami pintu-pintu rezeki Mu ya Allah supaya kami tidak senang untuk menyusahkan orang lain dan dapat hidup dalam kesenangan, keselesaan dan kecukupan ya Allah..
petunjuk dan hidayah Mu sentiasa kami dambakan untuk memikul tanggungjawab ini ya Allah...
bantulah kami ya Allah..

No comments:

Post a Comment